My Add

Thursday 8 March 2012

Keterbukaan Myamar tak jejas kemasukan FDI ke Malaysia

JOHOR BAHRU, KHAMIS, 08 Mac, 2012: Dasar keterbukaan ekonomi Myanmar ketika ini tidak akan menjejaskan kemasukan pelaburan langsung asing (FDI) ke Malaysia, kata Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Tun Dr. Mahathir.

Mukhriz berkata, Malaysia akan terus menjadi tumpuan para pelabur asing memandangkan tumpuan negara ketika ini ialah terhadap industri berteknologi tinggi.

"Myanmar lebih tertumpu kepada industri berasaskan kayu dan pembalakan berbanding sektor lain. Kita juga tidak begitu berminat terhadap pelaburan dalam sektor berasaskan buruh,” katanya kepada pemberita selepas melawat kilang Technip Asiaflex Products Sdn Bhd, di Tanjung Langsat, dekat sini hari ini. — BERNAMA

No comments:

Post a Comment