My Add

Friday 16 March 2012

Ketua pengakap dituduh cabul kehormatan dua pelajar

KUALA LUMPUR, JUMAAT, 16 Mac, 2012: Seorang ketua pengakap mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini terhadap dua tuduhan mencabul kehormatan dua pelajar perempuan tahun lepas.

Ho Lee Fong, 44, dituduh mencabul kehormatan kedua-dua pelajar perempuan itu, masing-masing berusia 13 dan 14 tahun, di sebuah bilik di No 11, Jalan Daun Inai, Sunway SPK, Damansara, di sini pada 4 petang pada Jun 2011.

Dia dituduh mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun, denda atau sebat, atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Majistret Azmil Muntapha Abas membenarkan tertuduh diikat jamin RM4,OOO dengan seorang penjamin dan menetapkan 19 April untuk sebutan.

Pada 1 Mac, Lee Fong mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di Petaling Jaya kerana mencabul kehormatan lapan pelajar di bawah jagaannya. — BERNAMA

No comments:

Post a Comment