My Add

Tuesday 13 March 2012

Khazanah lupus kepentingannya dalam YES bank India

MUMBAI, SELASA, 13 Mac, 2012: Cabang pelaburan kerajaan, Khazanah Nasional Bhd. telah melupuskan keseluruhan 4.17 peratus kepetingannya di dalam YES Bank India pada Isnin pada harga US$110 juta (RM330 juta).

Khazanah memegang saham 1.467 crore atau kepentingan 4.17 peratus di dalam YES Bank melalui anak syarikat Mauritiusnya, Titiwangsa Investments, demikian menurut laporan The Hindu.

"Kepentingan itu dijual secara urus niaga blok pada Isnin pada potongan kecil berbanding harga pasaran,” kata penganalisis pembrokeran pelbagai negara yang dipetik sebagai berkata di dalam laporan itu.

Ia turut memetik Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif YES Bank, Rana Kapoor sebagai berkata: “Transaksi kira-kira $110 juta mengikut harga pasaran itu mewakili keinginan pelaburan yang kukuh terhadap saham YES Bank, yang mengukuhkan ketahanan perniagaan dan model kewangan kami dan peluang pertumbuhan masa depan yang sifnigikan.

Bagaimana pun, entiti yang membeli kepentingan itu tidak didedahkan.

Khazanah pertama kali melabur di dalam YES Bank pada Mac 2007 dengan pelaburan awal 2.0 peratus.— BERNAMA

No comments:

Post a Comment