My Add

Wednesday 21 March 2012

Konsep urus hutan negara diperluas - Douglas

TAIPING, RABU, 21 Mac, 2012: Konsep pengurusan hutan negara kini diperluaskan dengan mengambil kira fungsi perlindungan hutan dan pengeluaran barangan bukan kayu, sejajar dengan era globalisasi di mana keperluan dan kehendak masyarakat terhadap hutan serta alam sekitar semakin tinggi dan pelbagai.

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Douglas Uggah Embas berkata, untuk merealisasi hasrat itu komitmen yang bersungguh-sungguh daripada semua pihak dalam mengurus khazanah hutan perlu dipertingkatkan.

"Ini bermaksud kehendak dan penglibatan masyarakat perlu diambil kira supaya ”outcome” yang dicapai dapat memberikan kepuasan dan kesejahteraan hidup,” katanya di sini hari ini.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Alam Sekitar) kementerian berkenaan, Datuk Dr. Abdul Rahim Nik.

Beliau berkata, keupayaan negara mengekalkan sejumlah 56.4 peratus daripada keluasan tanah negara sebagai tanah berhutan patut dibanggakan kerana ia menunjukkan komitmen tinggi dalam aspek pemeliharaan, pengurusan dan pembangunan sumber hijau amat bernilai itu.

Beliau berkata, kehidupan dan kesejahteraan hidup bermasyarakat akan lebih bermakna dengan penekanan diberikan dalam aspek pemuliharaan kepelbagai biodiversiti negara dengan memastikan Kawasan Sensitif Alam Sekitar dijaga sepenuhnya. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment