My Add

Sunday 18 March 2012

Konsep wasatiyyah mampu pupuk perpaduan - Najib

IPOH, SABTU, 17 Mac, 2012: Konsep kesederhanaan atau wasatiyyah yang diamalkan agama Islam adalah nilai sejagat yang turut dipraktikkan agama lain di negara ini, yang mampu dijadikan asas perpaduan di kalangan rakyat berbilang kaum.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, konsep wasatiyyah itu turut dipraktikkan dalam ajaran Confucius iaitu Zong Yong, begitu juga dalam ajaran agama Buddha.

"Walaupun daripada segi akidah berbeza antara Islam dan bukan Islam, tapi kita ada banyakcommon values (nilai sejagat) yang boleh mengukuhkan perpaduan nasional. Ini satu cara untuk menyatupadukan negara,” katanya semasa merasmikan bangunan baru empat tingkat bernilai RM9 juta Sekolah Jenis Kebangsaan Wan Hwa 2 di Menglembu di sini, hari ini.

Najib berkata, Malaysia adalah satu-satunya negara di Asia Tenggara yang mempunyai kepelbagaian yang unik, di mana ia mengamalkan cara hidup dan pentadbiran yang bertolak ansur dan mengambil kira aspirasi semua kaum.

"Kita pilih integrasi dan bukan disintegrasi daripada segi budaya dan kepelbagaian agama,” katanya. — BERNAMA

No comments:

Post a Comment