My Add

Saturday 17 March 2012

Kontraktor tidak miliki lori sampah

Oleh TERMIZI CHE ANUAR

KUALA LUMPUR, JUMAAT 16 Mac - Tindakan Persatuan Pengguna Subang dan Shah Alam (CASSA) mempertikaikan pemberian tender kepada kontraktor mengutip sampah di Selangor mungkin ada asasnya kerana bukti menunjukkan syarikat yang tidak memiliki lori sampah turut menerima kontrak itu.

Presidennya, Datuk Dr. Jacob George mendakwa, 15 buah syarikat yang menerima kontrak itu didapati menyewa lori sampah daripada pihak lain menyebabkan syarikat tersebut tidak mampu mengutip sampah seperti yang ditetapkan.

Malah, lebih mengejutkan katanya, terdapat tiga syarikat yang diberikan kontrak itu dikesan dimiliki oleh individu yang sama.

Kata Jacob, semua ini jelas menunjukkan ada sesuatu yang tidak kena dengan pemberian kontrak dan perkara itu perlu diberi perhatian serius oleh kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment