My Add

Wednesday 21 March 2012

Kos kerja tanah di tapak KLIA Barat RM773 juta

KUALA LUMPUR, RABU, 21 Mac, 2012: Kos kerja tanah di tapak Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Barat ialah sebanyak RM773.38 juta, persidangan Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha berkata, kos bagi pembinaan menara kawalan baru di KLIA 2 pula adalah sebanyak RM40.95 juta.

Beliau berkata demikian dalam jawapan bertulis kepada Tony Pua Kiam Wee (DAP-Petaling Jaya Utara).

Tony Pua ingin tahu sebab Lapangan Terbang KLIA 2 dipindahkan dari tapak asal KLIA Utara ke KLIA Barat yang telah dikenali sebagai tapak yang paling sesuai untuk membina lapangan terbang dan kos kerja tanah di tapak KLIA Barat serta pembinaan menara kawalan baru di KLIA 2.

Sementara itu, Cho Ha berkata, keputusan untuk memindahkan tapak asal KLIA 2 daripada tapak asal KLIA Utara ke KLIA Barat dibuat berdasarkan Pelan Induk Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur yang siap pada Disember 2008. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment