My Add

Sunday 18 March 2012

KPDNKK sasar semua IPT miliki Kafe MR1M

KOTA KINABALU, AHAD, 18 Mac, 2012:Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) mensasarkan semua Institusi Pengajian Tinggi (IPT) memiliki kafeteria yang menyertai program Menu Rakyat 1Malaysia (MR1M) menjelang April ini.

Menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaacob berkata, setakat ini, sebanyak 143 kafeteria di 40 IPT telah menyertai program MR1M.

"Program MR1M tidak susah diwujudkan kerana pengusaha tidak perlu keluar modal kerana kita akan bantu mereka sediakan pakej," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Gerakan Pengguna Siswa (GPS), Produk Coop 1Malaysia dan MR1M peringkat Sabah di sini hari ini.

Sementara itu, Ismail Sabri turut meminta KPDNKK cawangan Sabah mengenal pasti kedai yang boleh mengadakan kerjasama dengan kementerian bagi memperkenalkan kad diskaun kepada pelajar.

Menerusi kaedah itu, pelajar dapat menikmati pembelian barangan keperluan pengajian termasuk barangan sukan serta buku pada harga diskaun, katanya.

Mengenai GPS yang kini telah ditubuhkan di 122 IPT awam dan swasta di seluruh negara, beliau berkata, gerakan itu harus menjadi rakan kerajaan dalam menerapkan pendidikan kepenggunaan di peringkat IPT. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment