My Add

Wednesday 7 March 2012

Krisis Pas Kedah belum selesai


Azizan Abdul Razak
Dewan Ulama Pas Kedah mahu MB dihormati

Oleh MOHD. SHARIZA ABDULLAH

ALOR SETAR, SELASA, 06 Mac, 2012: Krisis Pas Kedah memasuki dimensi baru apabila satu demi satu dakwaan diwujudkan termasuk isu pemberian projek jalan raya negeri bernilai RM60 juta setahun yang dikatakan menjadi antara punca pertelagahan kepimpinan negeri.

Perkembangan terbaru ini dianggap salah satu perancangan oleh pihak-pihak tertentu untuk memberi tekanan kepada Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak untuk berundur, biar pun Pas Pusat menganggap kemelut Pas Kedah sudah selesai.

Satu sumber mendakwa, Exco kerajaan negeri, Datuk Phahrolrazi Zawawi dikatakan membantah tindakan Azizan mahu menganugerahkan projek itu kepada sebuah syarikat sehingga mengakibatkan beliau enggan dilantik semula ke jawatan berkenaan bagi 2012.

Kontrak penyelenggaraan jalan itu didakwa ingin dianugerahkan, selepas syarikat terbabit mengadakan rundingan terus untuk mendapatkan tender.

Sementara itu, Dewan Ulama Pas Kedah meminta semua pihak menghormati pandangan Datuk Seri Azizan Abdul Razak sebagai Menteri Besar walaupun beliau tidak lagi mempunyai kuasa mutlak bagi mentadbir Kedah.

Ketuanya, Syeikh Mohamad Abdullah berkata, semua pihak perlu mengamalkan pendekatan bermusyawarah dalam membuat sesuatu keputusan terutama yang melibatkan kemaslahatan umum.

"Dewan Pas Kedah berpendirian kemelut yang berlaku telah dianggap selesai dan dua Exco terlibat sudah pun bersetuju untuk menerima semula jawatan itu.

"Kedua-dua belah pihak menganggapnya selesai maka kini yang penting ialah semua ahli perlu mengutamakan perjuangan parti," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas keputusan Pas pusat semalam yang mengekalkan Azizan sebagai Menteri Besar, dua Exco menerima semula jawatan mereka dan sebuah Jawatankuasa Pemandu Pas Pusat ditubuhkan bagi memantau kerajaan negeri.

No comments:

Post a Comment