My Add

Friday 16 March 2012

KTM Intercity sektor selatan terganggu gerabak tergelincir

KUALA LUMPUR, JUMAAT, 16 Mac, 2012: Perkhidmatan 14 buah tren KTM Intercity sektor selatan mengalami gangguan berikutan insiden kegelinciran tren barang yang berlaku di antara Layang-Layang ke Renggam di KM 692.25 tengah hari tadi.

Menurut satu kenyataan KTM Berhad di sini, dalam kejadian pada pukul 12.28 tengah hari, 14 daripada 35 gerabak simen kosong tren barang yang dalam perjalanan dari Kempas Baharu menuju ke Padang Rengas tergelincir daripada landasan dan menghalang laluan perkhidmatan tren penumpang KTM Intercity.

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam insiden kegelinciran tren barang itu.

Para pengguna yang terjejas boleh mendapatkan semula tambang penuh bagi perkhidmatan yang dibatalkan atau menukar semula tarikh perjalanan.

"Kerja-kerja membaik pulih landasan sedang dijalankan dan pihak kami akan memaklumkan perkembangan terkini dari masa ke masa. KTM Berhad memohon maaf atas sebarang kesulitan yang dialami,” menurut kenyataan itu.— BERNAMA

No comments:

Post a Comment