My Add

Saturday 10 March 2012

Kumpulan Premier sedia pulang gaji ekoran mansuh SBPA

PUTRAJAYA, JUMAAT, 09 Mac, 2012: Kumpulan Premier yang telah menerima kenaikan gaji menerusi skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) pada 1 Januari lalu akan memulangkan semula gaji tambahan yang telah mereka terima kepada kerajaan.

Sumber memberitahu Utusan Malaysia, sebahagian daripada 36 pegawai tinggi kerajaan dari Kumpulan Premier itu telah menulis surat kepada Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Sidek Hassan dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Abu Bakar Abdullah bagi tujuan itu.

Menurutnya, ada pegawai yang sudah berbuat demikian lebih awal sebelum Perdana Menteri membuat pengumuman pemansuhan itu semalam.

"Saya sudah menandatangani surat persetujuan menerima skim SBPA tahun lalu dan menerima gaji baru sebanyak dua kali. Saya sudah tulis surat untuk pulangkan semula gaji tambahan itu kepada kerajaan. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment