My Add

Thursday 15 March 2012

Kurangkan pengundi pos: PSC timbang semula pendirian

KUALA LUMPUR, RABU, 14 Mac, 2012: Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen Berhubung Penambahbaikan Proses Pilihan Raya (PSC) akan menimbang semula pendiriannya bagi mengurangkan bilangan pengundi pos berikutan keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya yang membenarkan rakyat Malaysia di seberang laut negara untuk mengundi melalui pos.

Pengerusinya, Datuk Seri Dr. Maximus Ongkili berkata ini kerana tindakan SPR tidak selaras dengan pendirian jawatankuasa itu untuk mengurangkan bilangan pengundi pos.

"Walaupun kami cuba untuk mengurangkan bilangan pengundi pos, dalam kes ini ia tidak dapat dielakkan kerana kami perlu menyediakan 222 kotak di setiap kedutaan Malaysia di seberang laut dan perkara ini tidak praktikal.

"Jadi, kami perlu menimbang semula dan membincangkan semula (isu ini) minggu depan termasuk terma dan syarat-syarat (bagi membenarkan rakyat Malaysia di seberang laut untuk mengundi melalui pos).

"Kita mungkin akan memudahkannya, hanya satu atau dua syarat,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa itu di Bangunan Parlimen di sini, hari ini. — BERNAMA

No comments:

Post a Comment