My Add

Friday 16 March 2012

KVKM anjur hari keluarga rai veteran komando

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 15 Mac, 2012: Kelab Veteran Komando Malaysia (KVKM) akan menganjurkan hari keluarga sempena sambutan Jubli Perak persatuan berkenaan April ini.

Presidennya, Leftenan Kolonel (B) Nik Omar Al Haded Nik Mohamed Salleh berkata, program dirancang dari 20 hingga 21 April depan itu akan diadakan di Kem Sungai Udang, Melaka.

Katanya, Kem Sungai Udang dipilih sebagai lokasi kerana ia merupakan tempat Rejimen Gerak Khas atau komando dilatih dan beroperasi.

"Selain itu, majlis hari keluarga ini adalah sebahagian daripada program yang bertujuan meraikan dan memperingati kumpulan perintis Rejimen Gerak Khas atau komando di negara ini.

"Kumpulan perintis ini terdiri daripada 12 anggota dan pada hari ini, hanya enam yang masih hidup. Jadi, kami sebagai veteran-veteran yang pernah berkhidmat di bawah tunjuk ajar mereka berhasrat mengadakan hari keluarga untuk meraikan jasa golongan tersebut," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di rumah KVKM, di sini semalam. 

No comments:

Post a Comment