My Add

Sunday 11 March 2012

KWPKB cadang tukar Bukit Gasing kepada Bukit Kerinchi

KUALA LUMPUR, AHAD, 11 Mc, 2012: Kementerian Wilayah Persekutuan danKesejahteraan Bandar (KWPKB) bercadang menukar nama Bukit Gasing yang terletak di sebelah Lembah Pantai di sini kepada Bukit Kerinchi. 

Menterinya, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin, berkata ia bagi mengelak
kekeliruan dengan Bukit Gasing bahagian sebelah Petaling Jaya dalam negeri Selangor.

"Saya sudah meminta pegawai undang-undang kita mengkaji isu ini dan 
diberitahu kita boleh melakukannya, cuma perlu ikut beberapa prosedur berkaitan 
isu penukaran nama," katanya kepada pemberita selepas melancarkan program 
pendidikan mengenai penjagaan alam sekitar di sini, hari ini. 

Raja Nong Chik berkata, isu alam sekitar tidak harus dijadikan wadah politik 
pihak tertentu. 

Beliau berkata, ia tidak sepatutnya berlaku kerana kerajaan sendiri tidak 
sesekali menggunakan isu alam sekitar untuk berpolitik, kerana ia adalah aset 
penting untuk diwariskan kepada generasi akan datang. 

Selain itu, Raja Nong Chik menolak andaian bahawa Program Tabung Penyelenggaraan 1Malaysia (TP-1Malaysia) hanya menguntungkan golongan kontraktor tertentu saja. 

"Program ini sangat jelas dan menteri serta pihak lain tidak sama sekali 
campur tangan dalam urusan pemilihan kontraktor," katanya merujuk kepada program tersebut bertujuan membantu menyelenggara flat dan rumah kos rendah. 

Menteri itu berkata, pelaksanaan kerja baik pulih dan penyelenggaraan 
dilakukan menerusi tender terbuka mengikut peraturan yang ditetapkan kerajaan. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment