My Add

Sunday 18 March 2012

Lapangan Terbang Kota Kinabalu beroperasi mulai Mei

KUALA LUMPUR, SABTU, 17 Mac, 2012: Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) akan beroperasi 24 jam mulai 1 Mei apabila kerja penurapan projek pembesaran landasannya siap, kata Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha.

Beliau berkata, pada masa ini lapangan terbang itu ditutup enam jam sehari mulai tengah malam untuk kerja-kerja pembesaran yang bakal menyaksikan landasan di lapangan terbang itu dipanjangkan dari 2,988m kepada 3,780m.

Projek itu adalah sebahagian daripada projek RM1.4 bilion kerja menaik taraf, pembesaran dan membaik pulih KKIA, termasuk pembinaan terminal baru dan menara kawalan.

"Hanya kerja pembesaran landasan yang dijalankan sekarang ini. Apabila siap, lapangan terbang ini boleh menampung Boeing 747 dan ini akan meningkatkan jumlah penumpang (di lapangan terbang itu),” katanya ketika dihubungi selepas meninjau projek itu hari ini.— BERNAMA

No comments:

Post a Comment