My Add

Friday 16 March 2012

Larian gurun: UMNO sumbang RM30,000 kepada Suwaibah

A. RAHIM Aman (dua dari kanan) menyampaikan replika cek RM30,000, kepada Suwaibah Muhamad Nasir yang akan menyertai Larian Sahara di Pusat Khidmat Masyarakat Seputeh, kelmarin. - UTUSAN/Abdul Razak Latif 

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 15 Mac, 2012: UMNO Pusat menyumbang sebanyak RM30,000 kepada Suwaibah Muhammad Nasir yang bakal berlari merentasi Gurun Sahara sejauh 1,111 kilometer dalam usaha membantu rakyat Palestin.

Sumbangan cek itu diserahkan oleh Timbalan Ketua UMNO Bahagian Seputeh, A. Rahim Aman selepas majlis doa selamat yang diadakan untuk Suwaibah di Dewan Khidmat Masyarakat Seputeh, di sini semalam.

UMNO bahagian itu juga turut menyumbang cek sebanyak RM3,000 kepada Suwaibah yang merupakan Ketua Puteri UMNO Cawangan Taman Desa.

Suwaibah yang ditemui Utusan Malaysia mengucapkan terima kasih kepada UMNO Pusat dan bahagian yang sudi menyumbang demi misi keamanan berkenaan.

No comments:

Post a Comment