My Add

Monday 19 March 2012

Lebih 12.5 juta layak mengundi pada PRU13 - SPR

KUALA LUMPUR, ISNIN, 19 Mac, 2012: Seramai 12,595,268 orang layak mengundi pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) selepas nama mereka diperakui oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Pegawai Perhubungan Awam SPR, Sabri Said berkata, jumlah pemilih berdaftar itu adalah daripada Daftar Pemilih Induk Tahun (DPT) 2010 dan empat DPT sepanjang 2011 mengikut Peraturan 22 (1) Peraturan-peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih) 2002.

DPT Suku Tahun 4/2011 bagi tempoh 1 Okt hingga 31 Dis 2011 mengandungi 259,590 permohonan untuk menjadi pemilih yang terdiri daripada 188,654 pendaftaran baru dan 70,936 pendaftaran tukar alamat pusat mengundi.

"Daftar ini akan diwartakan pada 20 Mac depan. Pewartaan ini melibatkan permohonan pendaftaran baru atau bertukar alamat pusat mengundi bagi bahagian-bahagian pilihan raya yang tidak terlibat dengan tuntutan atau bantahan," katanya dalam kenyataan di sini, Isnin.

Bagi pemohon yang nama mereka terlibat dengan bantahan, beliau berkata, SPR menangguhkan pemerakuan permohonan itu sehingga selesai siasatan awam SPR ke atasnya. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment