My Add

Friday 23 March 2012

Lebih 300,000 PATI diputihkan di bawah program 6P

PUTRAJAYA, JUMAAT, 23 Mac, 2012: Kementerian Dalam Negeri (KDN) berjaya memutihkan 329,936 pendatang asing tanpa izin (PATI) untuk bekerja dengan 59,990 majikan di bawah proses Pemutihan Pekerja dan Pendatang Asing Tanpa Izin (6P), sehingga hari ini.

Ketua Setiausaha KDN, Tan Sri Mahmood Adam berkata, PATI yang diputihkan telah bekerja dengan majikan daripada pelbagai sektor seperti perkilangan, perkhidmatan, pembinaan, perladangan dan pertanian.

Beliau berkata, proses pemutihan program 6P yang bermula pada 10 Oktober tahun lalu akan berakhir pada 10 April ini.

"Seramai 115,721 PATI telah diampunkan dan memilih untuk pulang ke negara masing-masing dengan Indonesia seramai 73,598 orang; India (9,034); Nepal (7,254); Myanmar (6,342); Kemboja (4,337); Bangladesh (4,289); Vietnam (2,498); Pakistan (2,450); Filipina (1,945); Sri Lanka (1,481); China (1,168); dan negara-negara lain (1,325),” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Daripada jumlah tersebut, seramai 85,818 PATI memilih jalan udara, 29,405 memilih jalan laut dan selebihnya menggunakan jalan darat. – BERNAMA

No comments:

Post a Comment