My Add

Tuesday 13 March 2012

Lebih 600 dipindahkan, banjir di Hilir Perak makin buruk

Oleh AIN SAFRE BIDIN

TELUK INTAN, SELASA, 13 Mac, 2012: Keadaan banjir terutama di sekitar Hilir Perak dilaporkan semakin buruk apabila beberapa lagi kampung dinaiki air, manakala jumlah penduduk yang dipindahkan turut meningkat kepada lebih 600 orang semalam.

Antara kawasan yang paling teruk terjejas adalah Kampung Ayer Hitam, Kampung Tukang Sidin, Sungai Kerawai, Kampung Batu 8 Changkat Jong, Kampung Selat Manggis, Batak Rabit, Kampung Jawa, Kampung SC dan Kampung Tengah.

Setakat pukul 11 malam tadi, sejumlah 336 penduduk di Kampung Ayer Hitam dipindahkan di pusat pemindahan sementara, diikuti Changkat Jong (125), Kampung Tukang Sidin (120), dan Kampung Sungai Kerawai (107).

Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan setakat ini. – UTUSAN

No comments:

Post a Comment