My Add

Tuesday 13 March 2012

Lebih 8,000 rakyat Syria terbunuh

PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU, SELASA, 13 Mac, 2012: Lebih 8,000 orang terbunuh apabila kerajaan Syria melaksanakan langkah mengesan penunjuk perasaan. 

Presiden Perhimpunan Agung PBB, Nassir Abdulaziz al-Nasser, berkata 193 ahli perhimpunan bersedia untuk bertindak ke atas Syria jika Majlis Keselamatan PBB berdepan kebuntuan mengenai tindakan yang sepatutnya diambil bagi menyelesaikan krisis berkenaan.

"Keadaan di Syria amat mengerikan," kata Nasser.

Wakil Qatar pula berkata, lebih 8,000 orang terbunuh setakat ini termasuk ramai wanita dan kanak-kanak manakala pencerobahan terhadap hak asasi manusia kini merebak dan tersusun. 

Syria terus bergolak, 18 lagi maut

Menurut laporan terbaru dari BEIRUT, sekurang-kurangnya 18 orang terbunuh di seluruh Syria ketika tentera kerajaan melancarkan serangan terbaru ke wilayah bergolak di Idlib, semalam.

Aktivis anti rejim yang hanya dikenali sebagai Taser berkata, tentera melancarkan serangan meriam di Dbeit dan kawasan berjiran, Ath-Thawra, menyebabkan beberapa bangunan runtuh.

"Situasi kemanusiaan di sini juga semakin meruncing kerana penduduk tidak mendapat bekalan air dan elektrik," katanya. - AFP

No comments:

Post a Comment