My Add

Saturday 10 March 2012

Lima kaki judi Aceh dirotan enam kali di khalayak ramai

MUSTAFA, 43, salah seorang daripada lima lelaki Aceh yang menerima hukuman rotan kerana didapati bersalah berjudi di Langsa, semalam. - REUTERS

ACEH, SABTU, 10 Mac, 2012: Lima lelaki Indonesia semalam dirotan di khalayak ramai selepas mahkamah di sini mendapati mereka bersalah kerana terlibat dalam kegiatan berjudi.

Pendakwaraya, Putra Masduri berkata, kelima-lima lelaki terbabit dirotan sebanyak enam kali seorang selepas Mahkamah Langsa mendapati mereka terlibat dalam judi loteri.

"Kesemua mereka dirotan kerana melanggar undang-undang syariah yang melarang perbuatan berjudi," katanya. - AFP

No comments:

Post a Comment