My Add

Wednesday 14 March 2012

Loji panel solar di Batu Kawan

Oleh ZABRY MOHAMAD

PULAU PINANG, SELASA, 13 Mac, 2012:` Mereka yang mengagumi Lim Guan Eng kerana lantang membantah pembinaan loji pemprosesan nadir bumi, Lynas mungkin tidak sedar bahawa Ketua Menteri itu bakal membina kilang yang mengeluarkan toksik di negeri ini.

Itu nasib yang bakal dialami kira-kira 100,000 penduduk di Batu Kawan di sini apabila siapnya loji pengeluaran panel solar di situ nanti.

Ketua Biro Perkhidmatan Awam Pemuda Gerakan negeri, Rich Too berkata, pihaknya tidak menentang teknologi solar tetapi proses untuk menghasilkannya boleh mencemarkan alam sekitar, seterusnya mengancam kehidupan jika pembuangan sisa toksik tidak dikendalikan dengan betul.

Menurutnya, sehingga kini tiada sebarang penjelasan diberikan oleh kerajaan DAP Pulau Pinang kepada umum mengenai projek yang akan dijalankan oleh sebuah syarikat dari Jerman itu. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment