My Add

Saturday 24 March 2012

LPPKN sedia khidmat kesihatan percuma

PUTRAJAYA, JUMAAT, 23 Mac, 2012: Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) memberi peluang kepada pengunjung Ekspo Perkahwinan dan Fesyen Gerbang Cinta di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) untuk membuat pemeriksaan kesihatan bermula hari ini.

Menurut Pegawai Perubatan LPPKN Wilayah Persekutuan, Dr. Zuhrah Musa, pelbagai perkhidmatan disediakan untuk memudahkan orang ramai yang mengunjungi ekspo tersebut membuat pemeriksaan kesihatan.

"Antara perkhidmatan yang disediakan, termasuk pemeriksaan payu dara, pendaftaran subsidi mamogram, ujian pap smear iaitu pengesanan awal barah pangkal rahim, indeks jisim badan (BMI), tekanan darah dan tahap glukosa serta kolesterol," katanya di sini hari ini.

Zuhrah berkata, terdapat tiga tahap pemeriksaan dijalankan iaitu tahap pertama meliputi BMI dan tekanan darah yang diberikan secara percuma. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment