My Add

Thursday 22 March 2012

Lynas dilarang beroperasi jika ada bukti jejaskan kesihatan

PETALING JAYA, KHAMIS, 22 Mac, 2012: Kerajaan pasti tidak akan membenarkan projek Lynas beroperasi jika bukti saintifik menunjukkan ianya memudaratkan kesihatan dan mencemar alam sekitar, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri berkata, kerajaan tidak akan bertolak ansur berhubung isu berkenaan kerana kerajaan amat mengutamakan kesihatan dan keselamatan orang ramai.

"Bagi mereka yang menentang Lynas, kita perlu berdialog. Kita ingin tahu apakah alasan saintifik dan teknikal bagi membantah operasi Lynas.

"Perlu ada bukti kukuh bahawa kesihatan dan keselamatan penduduk sekitar khususnya akan terjejas. Dan jika ada bukti serius, kita pasti tidak akan benarkan Lynas beroperasi,” katanya dalam temubual selama sejam dengan stesen radio 988 FM hari ini. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment