My Add

Wednesday 14 March 2012

MAIJ bantu, jenazah Dirang selamat dikebumikan

JOHOR BAHRU, RABU RABU, 14 Mac, 2012: 2012: Jenazah kanak-kanak mangsa bunuh dan bakar, Nurul Nadhirah Abdullah, 5, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Pertanian Masai di sini pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari tadi.

Jenazah kanak-kanak malang yang juga dikenali sebagai Dirang itu dituntut oleh keluarganya di Hospital Sultanah Aminah (HSA) pada kira-kira pukul 11.45 pagi ini selepas selesai urusan memandi dan mengkafan dilakukan oleh Majlis Agama Islam Johor (MAIJ).

Jenazah kemudian disembahyangkan di Masjid Al Muhajirin, Masai dekat sini sebelum dibawa menaiki van jenazah menuju ke tanah perkuburan berkenaan dengan diiringi oleh ibunya, Roselyn Alan, 25, dan datuknya, Alan Alip, 49, serta beberapa orang jiran. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment