My Add

Tuesday 6 March 2012

Majikan diingatkan bayar caruman KWSP ikut kadar baru

KUALA LUMPUR, SELASA, 06 Mac, 2012: Majikan diingatkan supaya membayar caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bahagian majikan yang betul berikutan caruman berkanun bahagian itu bagi pekerja bergaji RM5,000 dan ke bawah dinaikkan kepada 13 peratus bermula Januari lalu.

Pengurus Besar Perhubungan Awam KWSP, Nik Affendi Jaafar, berkata jadual caruman KWSP terkini telah dimuatnaik ke laman web myEPF (www.kwsp.gov.my) bagi memudahkan majikan menyemak amaun baru caruman terbabit.

"Majikan perlu mencarum bahagian mereka bersama-sama bahagian pekerja mengikut jadual caruman baru ini," katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Kadar caruman berkanun bahagian majikan untuk pekerja bergaji bulanan tidak melebihi RM5,000 dinaikkan kepada 13 peratus daripada 12 peratus semasa pembentangan Bajet 2012 sebagai langkah menangani masalah ketidakcukupan pendapatan selepas persaraan.

Caruman bahagian pekerja kekal 11 peratus.

Beliau berkata, caruman bahagian majikan bagi pekerja bergaji RM5,000 dan ke bawah yang berumur 55 dan ke atas juga ditambah kepada 6.5 peratus daripada enam peratus.

Caruman pekerja kategori ini kekal pada 5.5 peratus. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment