My Add

Friday 16 March 2012

Makanan sihat: AEON anjur Pesta Makanan New Zealand

KUALA LUMPUR, JUMAAT, 16 Mac, 2012: Pengguna yang mahu mencuba makanan sihat dari New Zealand, boleh mengunjungi Pesta Makanan New Zealand di AEON Bandar Utama dan Mid Valley hujung minggu ini.

Lebih daripada 80 produk dari New Zealand ditawarkan pada harga diskaun pada pesta itu yang berlangsung dari 15 hingga 28 Mac, di dua lokasi berkenaan sempena cuti sekolah, kata Pengurus Kanan barangan runcit, bukan makanan serta penjagaan kesihatan dan kecantikan, Magdalene Soon Pei Hoon.

Beliau menjangkakan pesta itu bakal menjana jualan kira-kira RM150,000.

"New Zealand terkenal kerana produk tenusunya. Oleh itu kami membawa produk dan barangan berkaitan kategori susu seperti ais krim,” katanya kepada pemberita pada pelancaran Pesta Makanan New Zealand AEON 2012, di sini hari ini.

Produk lain ialah tenusu, makanan sejuk beku, daging, makanan laut, jus organik, sabun pencuci organik, madu dan makanan tambahan kesihatan.

Pada pesta itu, pelanggan boleh menyertai pemeriksaan indeks berat badan anjuran Fonterra Brands (Malaysia) Sdn Bhd. – BERNAMA

No comments:

Post a Comment