My Add

Monday 5 March 2012

Malaysia akan ganti semua kenderaan 4x4 tentera

BANGKOK, ISNIN, 05 Mac, 2012: Malaysia akan menggantikan semua kenderaan pacuan empat roda (4x4) yang uzur mulai Jun depan, kata Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini. 

Beliau berkata Malaysia akan memperoleh kenderaan itu dari Thailand, dikeluarkan oleh sebuah syarikat Malaysia, Weststar Group, berpangkalan di Pattaya.

"Kenderaan 4x4 yang digunakan oleh ketiga-tiga perkhidmatan tentera sudah usang dan tidak menjimatkan untuk disenggara," katanya kepada media Malaysia selepas pertemuan dengan rakan sejawatannya dari Thailand Sukumpol Suwanatat, di sini.

Kedua-dua pemimpin itu telah menghadiri sidang Pertahanan dan Keselamatan 2012, satu acara Pertahanan dan Keselamatan Dalam Negeri tiga perkhidmatan Asia bagi Darat, Laut dan Udara, di IMPACT Exhibition and Convention Centre, di sini. 

Ahmad Zahid berkata prioriti program baru 4X4 itu ialah menggunakan komponen Malaysia, termasuk untuk alat gantinya. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment