My Add

Tuesday 13 March 2012

Malaysia alih tumpuan pelaburan kepada teknologi tinggi

KUALA LUMPUR, SELASA, 13 Mac, 2012: Malaysia mengalihkan tumpuan pelaburannya kepada teknologi yang lebih tinggi dan berkaitan industri berintensifkan modal kata, Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Tun Dr. Mahathir.

Beliau berkata, Malaysia kini mensasarkan terutamanya dalam teknologi hijau dan teknolgi baru muncul.

"Kami juga memberi tumpuan untuk menarik industri yang menjalankan penyelidikan dan pembangunan. Kita tidak mahu lagi menarik pelaburan berintensifkan buruh.

"Pelaburan sedemikian akan mendapati negara-negara lain lebih sesuai kerana Malaysia kini memberi tumpuan kepada teknologi yang dipacu oleh pelaburan langsung asing (FDI).

"Sejak dua tahun lepas, kita telah mengalami pertumbuhan yang mantap dalam menarik pelaburan sebegini,” kata Mukhriz kepada pemberita selepas melancarkan Pameran Kimia India 2012, di sini hari ini.

Beliau berkata, sebagai sebahagian daripada usaha untuk menjadikan Malaysia destinasi pilihan pelaburan, kerajaan telah meliberalisasikan sektor-sektor ekonomi bagi membolehkan lebih banyak penyertaan asing dalam ekuiti, pengurusan dan pekerjaan.— BERNAMA

No comments:

Post a Comment