My Add

Monday 12 March 2012

Malaysia kutuk kekejaman Israel di Gaza

KUALA LUMPUR, ISNIN, 12 Mac, 2012: Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya serangan udara terbaru Israel ke atas Gaza, yang telah meragut 18 nyawa rakyat Palestin termasuk kanak-kanak.

Menteri Luar, Datuk Sri Anifah Aman berkata, tindakan tidak bertanggungjawab rejim Zionis itu dikhuatiri akan menyebabkan tindak balas yang lebih buruk dan pasti akan menjejaskan usaha-usaha yang sedang dilaksanakan bagi proses damai Timur Tengah.

"Serangan udara itu yang turut mencederakan ramai lagi merupakan yang terburuk sejak serangan dahsyat ke atas Gaza pada Disember 2008.

"Oleh itu, Malaysia menggesa semua pihak yang terlibat untuk menghentikan apa-apa jua tindakan provokatif dan menyeru masyarakat antarabangsa, terutamanya Kuartet Timur Tengah supaya bertindak pantas dan menggesa Israel untuk menghentikan serangan ke atas Palestin,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata, adalah amat peting bagi kedua-dua pihak memulihkan keadaan dengan kadar segera bagi mengelakkan kemusnahan yang lebih besar dan kehilangan nyawa terutamanya di kalangan penduduk awam di Semenanjung Gaza.— BERNAMA

No comments:

Post a Comment