My Add

Wednesday 7 March 2012

Malaysia negara paling selamat

MUHYIDDIN Yassin bermesra dengan warga Pejabat Pelajaran Daerah Kulaijaya pada Majlis Jalinan Mesra Rakyat dan perasmian bangunan baru pejabat pelajaran daerah itu di Kulaijaya, Johor semalam. - UTUSAN/NASIRUDDIN YAZID

Oleh MAZNAH MOHD. ARSAD dan IFQDAR A. RAHMAN

KULAIJAYA, SELASA, 06 Mac, 2012: Malaysia menduduki tangga ke-19 daripada 153 negara sebagai negara paling selamat di dunia dan berada di kedudukan teratas di kalangan negara Asia Tenggara.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pencapaian itu diiktiraf secara global menerusi Indeks Keamanan Global (GPI) 2011 yang diumumkan tahun lalu.

Beliau berkata, ia merupakan peningkatan yang amat membanggakan berbanding 2009 yang menyaksikan Malaysia berada di kedudukan ke-26.

"Hasilnya, komuniti antarabangsa semakin yakin untuk melabur di negara ini dan ia menyumbang kepada pelaburan asing berjumlah RM33 bilion pada tahun lalu, mengatasi jumlah pelaburan RM29 bilion yang dicapai sebelum kekangan ekonomi dunia 2007. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment