My Add

Friday 23 March 2012

Malaysia sedia hantar pasukan pengaman ke Iraq

Oleh SAHARUDIN MUSTHAFA

JAKARTA, KHAMIS, 22 Mac, 2012: Malaysia bersedia menghantar pasukan pengaman untuk menjalankan tugas-tugas kemanusiaan di Iraq dalam usaha membantu membangunkan semula negara itu.

Penghantaran pasukan pengaman ke negara berkenaan, kata Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, bukanlah pasukan konvensional bersenjata.

Sebaliknya, beliau berkata, kesediaan Malaysia menyertai misi di luar waktu peperangan ini adalah untuk memberi bantuan keperluan asas yang diperlukan oleh rakyat Iraq seperti perubatan, pendidikan dan sebagainya.

Bagaimanapun, kesediaan itu katanya, masih tidak dapat direalisasikan berikutan janji sebuah negara asing untuk membiayai kos penghantaran pasukan pengaman Malaysia ke Iraq belum dipenuhi.

“Ada permintaan untuk Malaysia menghantar pasukan ke Iraq tetapi oleh kerana kos pembiayaan yang pernah dijanjikan oleh sebuah negara masih belum dipenuhi menyebabkan kita tidak boleh hantar pasukan pengaman ke negara itu,” katanya kepada wartawan ketika ditemui di sini hari ini. - UTSAN

No comments:

Post a Comment