My Add

Tuesday 20 March 2012

Malaysia tetap terima amah Indonesia April ini

KUALA LUMPUR, ISNIN 19 Mac, 2012: Malaysia tetap menerima kemasukan pembantu rumah Indonesia pada April ini mengikut perjanjian persefahaman yang dipersetujui kedua-dua negara sebelum ini.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam berkata, sama ada bersedia atau tidak, terpulang kepada Indonesia untuk mematuhi perjanjian tersebut.

''Dari awal perbincangan hingga perkara ini ditangani dan dipersetujui, pendirian kita tetap sama.

''Sekarang, terpulang kepada Indonesia untuk menghormati apa yang telah ditandatangani," katanya selepas melancarkan Garis Panduan Praktikal Kerja Selamat untuk Profesional Media di sini hari ini.

Isu itu timbul apabila Ketua Pengarah Bahagian Pembinaan Penempatan Tenaga Kerja, Kementerian Tenaga Kerja dan Transmigrasi Indonesia, Dr. Reyna Usman baru-baru ini menyatakan amah dari negara itu perlu dibayar gaji minimum RM700 untuk melakukan satu tugas khusus selain bayaran RM27 sehari jika bekerja pada hari rehat. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment