My Add

Sunday 11 March 2012

Malu Kota Bharu tiada air bersih - Mustapa

KOTA BHARU, SABTU, 10 Mac, 2012: UMNO Kelantan berasa amat malu apabila kawasan di tengah-tengah ibu negeri itu tidak mendapat bekalan air bersih dan tiada perumahan kos rendah untuk rakyat yang memerlukan jika dibandingkan dengan negeri-negeri lain.

Pengerusinya, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, masalah tersebut tidak sepatutnya berlaku dalam keadaan Malaysia sedang menuju ke arah negara maju.

Beliau berkata, kebanyakan infrastruktur di negeri itu adalah hasil sumbangan kerajaan Barisan Nasional (BN) yang memerintah Kelantan dari 1978 hingga 1990.

"Saya dimaklumkan oleh peniaga di gerai Flat Buluh Kubu tidak mendapat bekalan air menyebabkan terpaksa menggunakan 'telaga boring'. Flat ini terletak di tengah-tengah ibu negeri Kelantan dan ia amat memalukan.

"Begitu juga dengan perumahan rakyat, dua blok flat ini dibina pada 1982 dan 1984 oleh kerajaan BN dan selepas 20 tahun memerintah tidak ada sebuah rumah kos rendah dibina oleh Pas," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment