My Add

Sunday 18 March 2012

Mara tawar 38,952 tempat di 273 institusi sesi Julai

KUALA LUMPUR, SABTU, 17 Mac, 2012: Mara menawarkan sebanyak 38,952 tempat kepada lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) untuk melanjutkan pelajaran di 273 institusi pendidikannya bagi sesi pengambilan Julai ini.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, ia termasuk Kolej Profesional Mara (KPM) dengan 2,052 tempat, Institut Kemahiran Mara (2,481), Kolej Kemahiran Tinggi Mara (799), German Malaysia Institute (450), Universiti Kuala Lumpur (4,950) dan GiatMARA (22,800).

Katanya, kesemua institusi tersebut mempunyai sistem latihan kemahiran lengkap dan menyeluruh yang menawarkan pelbagai program, sesuai dengan kelayakan lepasan SPM dan STPM seluruh negara.

"Kita mahu memastikan pelajar yang layak sentiasa mempunyai peluang untuk terus melanjutkan pelajaran bukan hanya di institusi pengajian tinggi awam (IPTA)," katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Karnival Pendidikan Mara 2012 di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment