My Add

Saturday 17 March 2012

Masyarakat perlu sokong potensi wanita

 
ROSMAH Mansor bersalam dengan tetamu pada Majlis Malam Gala Hari Wanita Sedunia 2012 di Sunway Piramid Convention Centre, Kuala Lumpur, malam tadi.

KUALA LUMPUR, JUMAAT, 16 Mac, 2012: Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor meminta setiap anggota masyarakat memainkan peranan dalam memastikan wanita menggunakan sepenuhnya potensi diri bagi mencapai kualiti dalam kehidupan.

Menurutnya, tanggungjawab itu harus digalas di bahu setiap anggota masyarakat dengan memberi sokongan kepada wanita untuk merealisasikan potensi diri tanpa mengambil kira keputusan hidup yang dipilih golongan tersebut.

''Saya percaya walaupun wanita itu memilih untuk menjadi suri rumah, kita tidak boleh lupakan atau pinggirkan tanggungjawab untuk menyokong mereka.

''Ini adalah sebahagian daripada usaha kita untuk membuktikan kepada generasi muda hari ini bahawa isu jantina bukan lagi halangan untuk memajukan sesebuah komuniti dan membuat satu perubahan yang lebih baik," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment