My Add

Wednesday 14 March 2012

Mati selepas bakar rumah sendiri

Oleh IFQDAR A. RAHMAN

JOHOR BAHRU, SELASA, 13 Mac, 2012: Seorang warga emas, Syed Hussin Syed Hussin, 63, maut selepas melecur teruk di beberapa anggota badan dipercayai setelah membakar rumahnya sendiri di Kampung Melayu, Kangkar Pulai, di sini hari ini.

Dalam kejadian yang berlaku pukul 9.30 pagi itu, isterinya, Wan Rokiah Wan Yussuf, 43, dan anak kedua mereka, Sharifah Zulaikha, 21, turut melecur seluruh badan, manakala anak sulungnya, Sharifah Aishah, 22, hanya cedera ringan.

Ketua Polis Daerah Nusajaya, Supritendan Nor Hashim Mohamad berkata, mangsa disahkan meninggal dunia dalam perjalanan ke Hospital Sultanah Aminah (HSA).

"Kedua-dua mangsa yang parah kini berada dalam keadaan stabil dan dirawat di HSA manakala seorang lagi dibenarkan keluar setelah dirawat sebagai pesakit luar," katanya ketika dihubungiUtusan Malaysia di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment