My Add

Sunday 11 March 2012

MB Kedah ada kuasa penuh

Oleh HASHIM P. MAMAT

PADANG RENGAS, SABTU, 10 Mac, 2012: Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak mempunyai bidang kuasa pentadbiran negeri yang tidak boleh dipertikaikan oleh mana-mana pihak termasuk Jawatankuasa Pemandu Pas Pusat, tegas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.

Beliau berkata, sebagai ketua tertinggi dalam badan eksekutif negeri, Azizan berhak untuk menerima atau menolak sebarang cadangan atau keputusan daripada pihak lain.

"Apa yang diputuskan oleh Menteri Besar dan barisan Exconya itulah yang digunapakai dan keputusan daripada Jawatankuasa Pemandu Pas Pusat tidak boleh digunapakai.

"Sebenarnya arahan parti itu boleh berjalan (dilaksanakan) sekiranya ada kerjasama daripada Menteri Besar berkenaan dan kalau beliau tidak mahu mendengar, beliau berhak. Sememangnya apa yang dikatakan oleh Azizan adalah betul," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) bagi Parlimen Padang Rengas di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tun Perak, di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment