My Add

Sunday 18 March 2012

MCA boleh wujudkan maktab kemahiran - Khaled

JOHOR BHARU, AHAD, 18 Mac, 2012 Kementerian Pengajian Tinggi tidak menyekat hasrat mana-mana pihak yang mahu menubuhkan institusi ilmu di negara ini, kata Menterinya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

"Dalam soal pendidikan, kerajaan begitu adil kerana sebahagian institusi pengajian tinggi swasta digerakkan oleh usahawan daripada kalangan bukan bumiputera," katanya ketika diminta mengulas kenyataan Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek semalam yang menyatakan parti itu berhasrat menubuhkan Maktab Teknik bagi membangunkan lebih banyak pekerja berkemahiran tinggi di negara ini.

Antara lain, Dr. Chua dalam kenyataannya berkata, sebuah jawatankuasa yang diketuai Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Pendidikan Vokasional MCA, Tan Sri Dr. Fong Chan Onn akan menyediakan kertas cadangan mengenainya yang dijangka siap akhir bulan ini. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment