My Add

Sunday 11 March 2012

Merakyatkan seni, budaya

Oleh OPAT RATTANACHOT

SUNGAI PETANI, SABTU, 10 Mac, 2012: Program Komuniti 1Malaysia Merakyatkan Seni dan Budaya (PMS) yang berlangsung buat pertama kali di padang bersebelahan Pasar Raya Besar Giant di sini mencuri tumpuan apabila lebih 6,000 penduduk hadir memeriahkan majlis.

Pengerusi Pertubuhan Gerak Seni Warisan 1Malaysia, Adnan Abdullah Sabil selaku penganjur bersama berkata, program tersebut mendapat sambutan hebat meskipun berlangsung dalam keadaan hujan.

Katanya, acara berkenaan diadakan untuk menyemarakkan aktiviti seni dan budaya serta menyerlahkan nilai-nili murni masyarakat pelbagai kaum di negeri ini.

"Program ini berjaya memainkan peranan untuk menyemai nilai-nilai murni dalam kalangan masyarakat. Lebih membanggakan ia disertai oleh setiap kaum meliputi Melayu, Cina, India dan Siam," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment