My Add

Monday 12 March 2012

Sidang OIC-Liga Arab bincang kedudukan isu Timur Tengah

KUALA LUMPUR, ISNIN, 12 Mac, 2012: Liga Arab dan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) mengadakan mesyuarat dua hari bermula semalam di Jeddah, membincangkan kedudukan negara Arab dan Muslim dalam isu berkaitan Timur Tengah pada lingkungan antarabangsa.

OIC dalam satu kenyataan berkata, mesyuarat itu meneliti kaedah untuk menyelaraskan kedudukan kedua-dua belah pihak dalam beberapa isu, terutama mengenai konflik di Syria selain isu Palestin, Sudan, Somalia, Mesir, Tunisia dan Yaman.

Mesyuarat yang berlangsung di ibu pejabat OIC itu juga membincangkan pembangunan serantau.

OIC berkata, lawatan Liga Arab itu juga sempena mesyuarat sesi kedua Jawatankuasa Bersama mengenai Pelaksanaan Perjanjian Kerjasama antara kedua-dua belah pihak.

Pada mesyuarat itu, OIC diketuai Penolong Setiausaha Agung bagi Hal Ehwal Politik, Abdullah Alim manakala Liga Arab diketuai Penolong Setiausaha Agung Hal Ehwal Palestin, Mohammed Musa Subaih. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment