My Add

Tuesday 13 March 2012

Mihas 2012 4-7 April sasar jualan lebih RM500 juta

KUALA LUMPUR, SELASA, 13 Mac, 2012 Pameran Perdagangan Halal Antarabangsa Malaysia 2012 (Mihas 2012) edisi kesembilan dari 4 hingga 7 April ini, diharap dapat menjana jualan lebih RM500 juta.

Pada Mihas 2011, jualan berjumlah RM567.78 juta dan potensi jualan RM20.46 juta telah dicatatkan, kata Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Tun Dr. Mahathir pada majlis makan tengah hari Mihas bersama editor kanan media hari ini.

Fokus Mihas 2012 yang bertema “Memperkasakan Pasaran Halal Global”, lebih tertumpu kepada peserta perdagangan industri halal dan hanya dibuka kepada orang ramai yang berusia 18 tahun ke atas pada hari terakhir sahaja.

Ia menjangka 10,000 orang peserta hadir datang pada hari itu.

Mihas 2012 dianjurkan Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) dan dihoskan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri.

Mukhriz berkata, pempamer “produk pengguna dan cawangan halal” yang merupakan barangan makanan dan restoran, akan memenuhi 154 gerai atau 28.77 peratus daripada 518 gerai yang telah ditempah.

Pempamer dari 23 negara telah mengesahkan penyertaan mereka kali ini.— BERNAMA

No comments:

Post a Comment