My Add

Monday 5 March 2012

Minta sampah dikutip ikut jadual

KEADAAN timbunan sampah yang didakwa tidak dikutip kontraktor lebih seminggu di Kampung Sungai Kertas, Batu Caves, Selangor, baru-baru ini.

SELAYANG, AHAD, 04 Mac, 2012: Penduduk Kampung Sungai Kertas, Batu Caves di sini meminta Majlis Perbandaran Selayang (MPS) memantau kontraktor pungutan sampah di kawasan mereka agar melaksanakan tugas mengikut jadual ditetapkan.

Ini bagi memastikan masalah timbunan sampah yang tidak diusik lebih seminggu di kawasan mereka sebelum ini tidak berulang.

Dakwa penduduk sepanjang tempoh itu kehidupan mereka terganggu akibat bau busuk dan kemungkinan terdedah kepada pelbagai penyakit.

Tinjauan Utusan Malaysia ke lokasi baru-baru ini mendapati timbunan sampah itu telah dikutip oleh kontraktor bertugas.

Utusan Malaysia difahamkan, kontraktor berkenaan baru sahaja dilantik oleh pihak berkuasa tempatan itu pada 1 Mac lalu. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment