My Add

Sunday 11 March 2012

MTRK lapor kepada SPRM

Oleh AZRAN FITRI RAHIM

TUMPAT, SABTU. 10 Mac, 2012 Majlis Tindakan Rakyat Kelantan (MTRK) akan membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan penyelewengan dalam urus tadbir syarikat Air Kelantan Sdn. Bhd. (AKSB) melibatkan kerugian berjumlah jutaan ringgit.

Penasihat MTRK, Datuk Ibrahim Ali (gambar) berkata, beliau telah menasihatkan pertubuhan itu membuat laporan selepas menerima laporan teknikal berhubung dakwaan penyelewengan AKSB daripada pihak tertentu baru-baru ini.

Beliau berkata, berdasarkan laporan tersebut terdapat beberapa keputusan yang dibuat oleh syarikat terbabit bakal mendatangkan kerugian besar termasuk dalam soal menguruskan pinjaman mudah RM600 juta yang diberi oleh Kerajaan Persekutuan.

"Dalam laporan yang kulitnya berwarna biru ini, ia menjelaskan bahawa AKSB akan mengalami kerugian kira-kira RM130 juta dalam projek air tidak terhasil (NRW), penggunaan bahan kimia PAC3 yang kosnya meningkat berkali ganda dan juga keputusan menukar 80,000 meter pintar yang membabitkan kos sebanyak RM11 juta. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment