My Add

Thursday 15 March 2012

Muhyiddin sedih, harap keluarga Dirang tabah

JOHOR BAHARU, KHAMIS, 15 Mac, 2012: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, menyifatkan pembunuhan Nurul Nadirah Abdullah sebagai kejam dan tidak bertamadun. 

Perkara itu disampaikan Pegawai Penerangan kepada Timbalan Perdana Menteri, Tosrin Jarvanthi yang mewakili Muhyiddin, ketika menemui keluarga kanak-kanak berusia lima tahun itu di Flat Seri Delima, Bandar Seri Alam di sini hari ini.

Bercakap kepada pemberita, Tosrin berkata Muhyiddin berasa sangat sedih dengan nasib yang menimpa Nurul Nadirah atau Dirang dan berharap keluarganya dapat menerima kejadian itu sebagai ketentuan Ilahi.

"Timbalan Perdana Menteri juga berharap pembunuh yang tidak berperikemanusian itu diseret ke muka pengadilan dengan segera," katanya. 

Tosrin turut menyampaikan sumbangan peribadi Muhyiddin kepada ibu kanak-kanak berkenaan, Roselyn Alan, 25. 

Nurul Nadirah disahkan dibunuh dan dibakar selepas ujian DNA mengesahkan mayat rentung yang ditemui di Nusa Damai, Masai, dekat sini pada Khamis lalu adalah mayatnya.

Kanak-kanak itu hilang pada 1 Mac lalu ketika keluar membeli mi segera dan telur di kedai runcit di kawasan rumahnya. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment