My Add

Wednesday 21 March 2012

Najib hairan pembangkang bantah usul mengenai Lynas

PUTRAJAYA, RABU, 21 Mac, 2012: Datuk Seri Najib Razak berkata, beliau tidak faham mengapa pembangkang membantah usul penubuhan Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Projek Lynas Advanced Material Plant yang diluluskan oleh Dewan Rakyat semalam. 

Perdana Menteri berkata, isu itu memerlukan satu penyelesaian yang menjangkau soal politik kepartian, dan perlu ditangani semua pihak, kerana ia membabitkan soal kepentingan rakyat serta negara.

"Ada beberapa isu dalam negara kita ini yang mesti kita tangani secara bipartisan, ini bukan soal politik, ini soal kepentingan rakyat dan negara. Kita mesti cari satu penyelesaian yang menjangkau soal politik kepartian, saya tidak anggap ini sebagai isu yang seharusnya dibatasi pertimbangan politik," katanya kepada pemberita selepas melancarkan produk silinder komposit LPG (SL1M) di sini hari ini. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment