My Add

Thursday 15 March 2012

Najib rasmi RTC Wakaf Che Yeh di Kelantan Mei depan

PUTRAJAYA, KHAMIS, 15 Mac, 2012: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dijadual merasmikan Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Wakaf Che Yeh di Kelantan pada 4 Mei ini. 

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, berkata RTC itu dijangka memberi manfaat kepada penduduk di sekitar kawasan itu selain kepada peniaga, petani dan penternak untuk memasarkan hasil jualan mereka.

"Tempat ini sudah sedia ada iaitu tempat jualan barangan seharian seperti sayur, ikan dan sebagainya. Tetapi dengan adanya konsep pusat transformasi ini kita akan masukkan beberapa inisiatif lain di situ termasuk penganjuran kursus dan latihan anjuran Majlis Amanah Rakyat.

"Pameran peluang kerja oleh Kementerian Sumber Manusia juga dirancang diadakan di situ selain akan menempatkan pejabat pendaftaran untuk kad pengenalan, pasport serta bank-bank," katanya selepas menghadiri majlis perhimpunan bulanan kementerian itu di sini, hari ini. 

RTC ditubuhkan di bawah Teras Strategi Lautan Biru Kebangsaan 4 yang bermatlamat menjadi penghubung masyarakat luar bandar dengan aktiviti yang mempunyai nilai tambah tinggi bagi mewujudkan impak ekonomi dan pendapatan berganda. 

Pada 18 Februari lalu, Najib merasmikan RTC Gopeng yang menjadi perintis kepada RTC lain di seluruh negara, manakala RTC Kota Baharu (Kelantan) sudah mula beroperasi. RTC Kuala Kedah (Kedah), Kuala Linggi (Melaka), Tanjung Manis (Sarawak) dan Pekan Nenas (Johor) pula bakal dibuka kemudian. 

Ia adalah pusat integrasi perkhidmatan meliputi pengumpulan, pemprosesan dan pengedaran hasil pertanian, perbankan dan insurans, khidmat nasihat perniagaan, latihan dan kemahiran, penjagaan kesihatan dan ruang niaga. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment