My Add

Saturday 17 March 2012

Najib tiba di Perak untuk lawatan kerja


PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak bersalaman dengan orang ramai yang hadir pada program 'Sepagi Bersama Perdana Menteri' di padang Sekolah Menengah Kebangsaan Changkat, Beruas, hari ini. - Foto Muhaizan Yahya

BERUAS, SABTU, 17 Mac, 2012: Datuk Seri Najib Razak memulakan lawatan kerja sehari ke Perak hari ini dengan menghadiri program "Sepagi Bersama Perdana Menteri" di padang Sekolah Menengah Kebangsaan Changkat Beruas, di sini. 

Ketibaan Perdana Menteri dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor, pada kira-kira 10 pagi disambut Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, dan pemimpin Barisan Nasional (BN) negeri.
Najib dijadual menghadiri majlis Jalinan Mesra Masyarakat Orang Asli di Padang TNB, Batu 7, Kuala Woh di Tapah.

Pada sebelah petang, Najib akan merasmikan pembukaan bangunan baru empat tingkat Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Wan Hwa 2, di Menglembu. 

Sejurus selepas itu, beliau akan menghadiri program mesra rakyat bersama masyarakat India di Kg Kacang Putih, Buntong. 

Perdana Menteri dijadual mengakhiri lawatan sehari ke Perak dengan menghadiri majlis makan malam bersama-sama Persatuan Agama-agama Cina negeri Perak di Sekolah Menengah Kebangsaan Yuk Choy di sini. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment