My Add

Saturday 17 March 2012

Nelayan perlu amal disiplin kerja untuk tingkatkan pendapatan

KUANTAN, SABTU, 17 Mac, 2012: Golongan nelayan di negeri ini dinasihatkan mengamalkan disiplin kerja yang tinggi dan tidak terlalu bergantung kepada bantuan kerajaan bagi menaikkan taraf hidup masing-masing.

Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob berkata, mereka juga perlu berazam untuk memajukan diri agar tidak perlu bergantung kepada orang tengah dalam memasarkan hasil tangkapan mereka.

"Contohnya jika sebelum ini dia hanya turun ke laut dengan bot taukeh, kalau dia rajin, keuntungan yang diperoleh boleh beli bot sendiri, dari nelayan biasa boleh jadi taukeh nelayan pula,” katanya ketika merasmikan Mesyuarat Agung Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) Kuantan ke 32/2012 di sini hari ini.

Pada majlis itu, Adnan turut mengumumkan bahawa kerajaan negeri meluluskan peruntukan sebanyak RM25,000 kepada tabung pendidikan PNK Kuantan untuk disalurkan kepada anak-anak nelayan agar lebih cemerlang dalam pelajaran mereka.—BERNAMA

No comments:

Post a Comment