My Add

Monday 12 March 2012

NKEA kesihatan jana pendapatan negara RM4.65b 2011

KUALA LUMPUR, AHAD, 11 Mac, 2012: Enam projek permulaan (EPP) di bawah Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) bagi Penjagaan Kesihatan telah mencapai kejayaan 224 peratus, jauh mengatasi sasaran sejak ia dilancarkan tahun lepas.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata jumlah pelaburan yang terhasil dari enam EPP ialah RM3.1 bil, menyumbang kepada Pendapatan Negara Kasar RM4.65 bilion.

Jumlah pekerjaan yang wujud dari EPP itu ialah 18,059, tambahnya.

Enam EPP yang dilancarkan ialah skim insurans kesihatan pekerja asing, hub penyelidikan dan diagnosis klinikal, eksport farmaseutikal, pelancongan kesihatan, perkhidmatan diagnosis, dan pembangunan metropolis kesihatan, katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata, EPP ketujuh, iaitu pembuatan alat perubatan, akan dilancarkan dalam masa dua bulan lagi.

Tiong Lai berharap ramai rakyat Malaysia menyertai bidang tersebut yang menurutnya dapat mewujudkan banyak pekerjaan dan menghasilkan nilai ekonomi yang tinggi.

Menteri itu berkata semua tujuh EPP itu akan menjana hasil RM42 bilion setahun menjelang 2020. — BERNAMA

No comments:

Post a Comment